Jumaat, 30 Januari 2009

Hantar Pengantin 4 - Kg Raja Macang, Kelantan


Kg. Raja, 25 Januari 2009 - Ketibaan kami di sambut oleh tuan rumah tempat bersanggah dan En Ahmad bin Sulaiman (Abang Pak Uteh) yang telah sampai dahulu bersama keluarga dengan menaiki kenderaaan sendiri. Kami pun mandi-manda dan berehat setelah seharian berjalan. Sambil kitu kami dijamu dengan mee hoon, kuih tepung pelita dan keropok. Apalagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
Jam 2.30 petang rombongan pun berarak ke rumah pengantin. Raja sehari disambut dengan dua das tembakan tanda ketibaan raja sehari. Kemudian bunyi-bunyian pun dipalu. Raja sehari dipersembahkan dengan tarian dan pertunjukan waja diri. Kemudian Raja Sehari dibawa ke singahsana yang menarik. Selepas duduk bersanding, upacara merenjis pun dilangsungkan yang diwakili oleh tiga orang di pihak lelaki dan 3 orang di pihak perempuan. Mula-mula asam disuapkan ke mulut pengantin lelaki dan asam yang telah disuapkan tadi akan disuapkan ke mulut perempuan. Kemudian sedikit pulut kuning dicicah dengan seddikit gula dan garam pula disuapkan kepada kedua raja sehari. Akhir sekali air mawar direnjis dikedua-dua tapak tangan. Maka tamatlah majlis merenjis. Simboliknya ialah semoga kedua pasangan berjaya mengharungi asam garam kehidupan yang mencabar sehingga ke akhir hayat. Kemudian mempelai pun makan berhadap dengan lauk pauk yang enak. Kami pun tidak melepaskan peluang menjamu selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan