Sabtu, 31 Januari 2009

Hantar Pengantin 5 - Perjalanan Pulang

Langkap, 25 Januari 2009 - Sebaik tamat majlis, rombongan pun bergegas pulang. Di dalam bas, masing-masing sibuk bercerita mengenai majlis yang baru saja berlalu. Tidak lama kemudian keadaan sunyi sepi. Masing-masing melayan mimpi. Bas berhenti sebentar di Langkap. Ahli rombongan sempat membasahkan tekak dan sedikit alas perut sebelum bas meneruskan perjalanan semula. Dalam perjalanan kami berhenti dibanyak tempat iaitu untuk solat dan kes kecemasan untuk ke tandas kerana sepanjang perjalanan kami menempuh hujan. Rombongan sampai semula di Labis tepat jam 4.00 pagi. Ada yang mamun ketika turun dari bas. Masing-masing sibuk memunggah barang yang dibawa dan juga barang-barang yang dibeli di Rantau Panjang. Walaupun penat sepanjang perjalanan, namun semuanya nampak ceria dan gembira. Aalmaklumlah perjalanan ini "free of charge". Terima kasih Pak Uteh dan Mak Uteh.

Jumaat, 30 Januari 2009

Hantar Pengantin 4 - Kg Raja Macang, Kelantan


Kg. Raja, 25 Januari 2009 - Ketibaan kami di sambut oleh tuan rumah tempat bersanggah dan En Ahmad bin Sulaiman (Abang Pak Uteh) yang telah sampai dahulu bersama keluarga dengan menaiki kenderaaan sendiri. Kami pun mandi-manda dan berehat setelah seharian berjalan. Sambil kitu kami dijamu dengan mee hoon, kuih tepung pelita dan keropok. Apalagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
Jam 2.30 petang rombongan pun berarak ke rumah pengantin. Raja sehari disambut dengan dua das tembakan tanda ketibaan raja sehari. Kemudian bunyi-bunyian pun dipalu. Raja sehari dipersembahkan dengan tarian dan pertunjukan waja diri. Kemudian Raja Sehari dibawa ke singahsana yang menarik. Selepas duduk bersanding, upacara merenjis pun dilangsungkan yang diwakili oleh tiga orang di pihak lelaki dan 3 orang di pihak perempuan. Mula-mula asam disuapkan ke mulut pengantin lelaki dan asam yang telah disuapkan tadi akan disuapkan ke mulut perempuan. Kemudian sedikit pulut kuning dicicah dengan seddikit gula dan garam pula disuapkan kepada kedua raja sehari. Akhir sekali air mawar direnjis dikedua-dua tapak tangan. Maka tamatlah majlis merenjis. Simboliknya ialah semoga kedua pasangan berjaya mengharungi asam garam kehidupan yang mencabar sehingga ke akhir hayat. Kemudian mempelai pun makan berhadap dengan lauk pauk yang enak. Kami pun tidak melepaskan peluang menjamu selera.

Hantar Pengantin 3 - Perjalanan Ke Macang




Rantau Panjang, 25 Januari 2009 - Selepas berbelanja sakan di sini, rombongan pun bergerak ke Macang pada pukul 11.00 pagi. Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 1 jam. Semuanya gembira dan tidak sabar untuk ke rumah pengantin lelaki.


Isteriku Sayang


Feri Pulau Pinang, 16 Disember 2008

Hantar Pengantin 2 - Rantau Panjang


Rantau Panjang, 25 Januari 2009 - Rombongan tiba di Rantau Panjang tepat jam 9.00 pagi. Walaupun keletihan menempuh perjalanan sepanjang malam, tetapi mereka kelihatan gembira. Kami pekena sarapan di warong. Kemudian kami pun bersoping sakan. Macam-macam yang dibeli. Ada yang membeli periuk belanga, pinggan mangkuk, totto, pakaian, buah-buahan dan sebagainya. Saya hanya membeli sebuah beg laptop untuk along, seluar jean Levis warna coklat untuk angah, Iqmal yang turut serta rombongan membeli key cain terukir namanya dan sehelai tudung untuk mama, manakala Ili seperti biasa membeli alat mainan masak-masak. Saya pula hanya seronok bila melihat mereka semua gembira.

Rabu, 28 Januari 2009

BERKELAH DI AIR PANAS



Sungai Resik, 27Januari 2009 - Kami sekeluarga berkelah di Air Panas Sungai Resik, 30km dari Bandar Muar. Terletak di Kg Sungai Resik, Muar, kira-kira 3 km dari jalan utama Muar - Batu Pahat. Mempunyai sebuah kolam besar untuk merendam kaki. Dipercayai boleh mengubati kaki yang luka atau kebas-kebas. Di keliling kolam disediakan tempat mandi-manda bagi para pengunjung. Gerai-gerai juga disediakan bagi para pengunjung dengan menu istimewa seperti tempeh goreng, soto dan mee bandong Muar. Masuk adalah percuma.

MEMANCING UDANG GALAH DI SUNGAI MUAR




MUAR - Kepada peminat dan kaki pancing khususnya pemancing udang galah. Anda boleh mencuba memancing di Sungai Muar. Anda pasti berpuas hati. Anda boleh memancing samada di jeti atau dengan menaiki bot. Bagi yang berminat menaiki bot, kadar sewa ialah RM10 seorang ( bot, enjin dan minyak disediakan ) Anda boleh memilih bot untuk dua, tiga atau empat orang. Mereka yang ingin memancing di jeti, bayaran hanya RM1 sahaja. Jeti diterangi dengan lampu. Pasti selesa bila memancing. Sesiapa yang berminat boleh hubungi En Suhaimi 013-6039019.

ILI NAJIAH BT MOHD ADNAN



Umur saya 6 Tahun. Saya Lahir pada 29 Disember 2003. Saya bersekolah di SK Parit Bunga, Muar. Saya di kelas Pa Sekolah 1. Nama Guru Kelas saya Cikgu Haskinda Loo bt Abdullah. Sekarang cikgu saya cuti bersalin. Tempatnya diambil oleh Cikgu Khafizi. Umi ialah pembantu cikgu kelas. Beliau pandai memasak. Masakannya sangat sedap.