Ahad, 28 Mac 2010

sambutan maulidur rasul

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H, TAMAN MULIA

Tarikh: 27 Mac 2009

Isnin, 7 Disember 2009

BOT DAN ENJIN UNTUK DIJUAL

Bot Fiber 12 kaki panjang dan enjin Yamaha 2 kuasa kuda untuk dijual. Semuanya dalam keadaan baik. Enjin baru lagi. Harga RM1700. Sesuai untuk memancing di sungai. Hubungi Adnan- 012-6973130

Selasa, 1 Disember 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H


Jumaat, 27 November 2009 - Sambutan Aidil Adha dimulakan dengan Sembahyang Sunat Aidil Adha di Surau Nurmualim, Taman Mulia yang diimamkan oleh Tn Hj Mohamad Shah bin Dahlan. Sejurus selesai menunaikan solat, warga Taman Mulia, Dusun Permai 1 dan 2 bergotong-royong menyempurnakan Ibadah Korban. Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorban. Tepat jam 12.00 tengahari daging-daging korban diedarkan kepada warga taman.

Khamis, 19 Februari 2009

WEB FUSION php versi 7.0.0.1


Tahniah kepada semua guru Perpustakaan dan Media sekolah ahli PKG Parit Bunga kerana berjaya menamatkan kursus di atas. Semuanya bersemangat dan berminat untuk membina Laman Web PSS sekolah masing-masing. Penceramah bagi program ini ialah En Esa bin Sudar (Web Master Tersohor ). Sesiapa yang berminat membina web boleh hubungi 06-9518744. Harga boleh dirunding.

Ahad, 1 Februari 2009

Hantar Pengantin 1 - Labis

Labis, 24 Januari 2009 - Pada jam 9.00 malam peserta rombongan bertandang ke rumah pengantin lelaki berkumpul di hadapan SK Labis, Segamat, Johor, menanti ketibaan bas yang disewa khas. Ini ialah majlis perkahwinan anak tunggal Cikgu Omar dan Cikgu Ramlah iaitu Norhamizah bt Omar. Majlis perkahwinan pihak perempuan telah pun dilangsungkan pada bulan Disember yang lalu. Peserta rombongan bertandang tidak sabar-sabar untuk bertolak ke rumah pihak pengantin lelaki di Macang, Kelantan. Para peserta merupakan ahli keluarga dan juga beberapa orang jiran tetengga. Pelbagai jenis makanan telah disediakan sebagai bekalan sepanjang perjalanan. Tepat jam 9.30 malam bas pun bertolak.

Sabtu, 31 Januari 2009

Hantar Pengantin 5 - Perjalanan Pulang

Langkap, 25 Januari 2009 - Sebaik tamat majlis, rombongan pun bergegas pulang. Di dalam bas, masing-masing sibuk bercerita mengenai majlis yang baru saja berlalu. Tidak lama kemudian keadaan sunyi sepi. Masing-masing melayan mimpi. Bas berhenti sebentar di Langkap. Ahli rombongan sempat membasahkan tekak dan sedikit alas perut sebelum bas meneruskan perjalanan semula. Dalam perjalanan kami berhenti dibanyak tempat iaitu untuk solat dan kes kecemasan untuk ke tandas kerana sepanjang perjalanan kami menempuh hujan. Rombongan sampai semula di Labis tepat jam 4.00 pagi. Ada yang mamun ketika turun dari bas. Masing-masing sibuk memunggah barang yang dibawa dan juga barang-barang yang dibeli di Rantau Panjang. Walaupun penat sepanjang perjalanan, namun semuanya nampak ceria dan gembira. Aalmaklumlah perjalanan ini "free of charge". Terima kasih Pak Uteh dan Mak Uteh.

Jumaat, 30 Januari 2009

Hantar Pengantin 4 - Kg Raja Macang, Kelantan


Kg. Raja, 25 Januari 2009 - Ketibaan kami di sambut oleh tuan rumah tempat bersanggah dan En Ahmad bin Sulaiman (Abang Pak Uteh) yang telah sampai dahulu bersama keluarga dengan menaiki kenderaaan sendiri. Kami pun mandi-manda dan berehat setelah seharian berjalan. Sambil kitu kami dijamu dengan mee hoon, kuih tepung pelita dan keropok. Apalagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
Jam 2.30 petang rombongan pun berarak ke rumah pengantin. Raja sehari disambut dengan dua das tembakan tanda ketibaan raja sehari. Kemudian bunyi-bunyian pun dipalu. Raja sehari dipersembahkan dengan tarian dan pertunjukan waja diri. Kemudian Raja Sehari dibawa ke singahsana yang menarik. Selepas duduk bersanding, upacara merenjis pun dilangsungkan yang diwakili oleh tiga orang di pihak lelaki dan 3 orang di pihak perempuan. Mula-mula asam disuapkan ke mulut pengantin lelaki dan asam yang telah disuapkan tadi akan disuapkan ke mulut perempuan. Kemudian sedikit pulut kuning dicicah dengan seddikit gula dan garam pula disuapkan kepada kedua raja sehari. Akhir sekali air mawar direnjis dikedua-dua tapak tangan. Maka tamatlah majlis merenjis. Simboliknya ialah semoga kedua pasangan berjaya mengharungi asam garam kehidupan yang mencabar sehingga ke akhir hayat. Kemudian mempelai pun makan berhadap dengan lauk pauk yang enak. Kami pun tidak melepaskan peluang menjamu selera.

Hantar Pengantin 3 - Perjalanan Ke Macang




Rantau Panjang, 25 Januari 2009 - Selepas berbelanja sakan di sini, rombongan pun bergerak ke Macang pada pukul 11.00 pagi. Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 1 jam. Semuanya gembira dan tidak sabar untuk ke rumah pengantin lelaki.